EcoFirst catat untung bersih RM44.5 juta

KUALA LUMPUR 30 Julai – EcoFirst Consolidated Bhd. mencatat keuntungan bersih melebihi dua kali ganda, naik 166 peratus kepada RM44.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2018 berbanding RM16.7 juta pada tempoh sama tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Tiong Kwing Hee berkata, untung sebelum cukai meningkat 146 peratus kepada RM50.3 juta sementara perolehan meningkat 42 peratus kepada RM181.2 juta.

Katanya, prestasi lebih baik itu didorong oleh jualan menggalakkan bagi pembangunan fasa pertama projek utamanya, Liberty@Ampang Ukay di Selangor.

“Permintaan tinggi terhadap Liberty yang kini terjual hampir kesemuanya menunjukkan produk syarikat memberi nilai baik kepada pembeli kali pertama terutama profesional muda di bandar,” katanya ketika mengumumkan prestasi kewangan EcoFirst bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2018 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Publication: Utusan Online

Channel: Online

Language: Malay

Source From: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ecofirst-catat-untung-bersih-rm44-5-juta-1.719208